Shahrol Shiro Tamat Zaman Duda Tahun Hadapan, Belum Sedia Kenalkan Bakal Isteri
Pelawak dan juga penyampai radio, Shahrol Shiro menjelaskan dia merancang untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun depan namun dalam masa yang sama belum bersedia mendedahkan identiti bakal isterinya itu.
BACA: Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan
“Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang. Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah Shiro, dia mengambil masa yang lama untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana masih trauma dengan dengan kisah silam namun turut berharap agar perkahwinannya kali ini akan kekal sehingga akhir hayat.
“Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi. Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat,” katanya.
Shahrol telah pun bercerai kira-kira lapan tahun lalu iaitu selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia tujuh tahun. (rtky/s)
Trauma konon. muka ko ni muka banyak buat hal.
Betul ke 8 thn brcerai?ank 7 thn?atau… Berkahwin 8 thn lalu,bercerai 3 thn kmudian,ank umur 7 thn.
8 tahun lalu bercerai??? membohong je LA kejenya
dier cerai baru dalam 2-3 tahun ni je
Bercerai 8 thn lalu?anak umur 7 thn?…ermm
aku tak berapa nak percaya sgt set2 duda macam ni
nk kwin pon kecoh..tu pekara biasa je..8 thun duda megelabah..org bujang seumur hidup pun relax je..retis2
listen this! memekik memekak jak korang dlm ni, tepekik telolong cerita hal org, sudah2 la tuh.. byk byk muhasabah sebab dakwah dr sabah mesti mau senyum bahhh..
trauma? agaknya apa yang telah membuat shiro begitu?? Nampak macam relax aje dan apabila melawak, okay je, tak nampak macam menggelabah pun. Biasalah orang yang bercerai agak phobia nak kahwin lagi , takut2 berbuah dua kali. Apa pun kalau nak di katakan lelaki sejati, perlu jangan khuatir atau trauma, sebab ni semua terjadi mungkin atas kesalahan diri sendiri dan jugak suratan takdir.
Duda dah ke dier ni…bkn nk kaeen pengurus aritu ke….ke kensel lak
“Shahrol telah pun bercerai kira-kira lapan tahun lalu iaitu selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia tujuh tahun”
Pening aku dgn statement rotikaya ni… Sebenarnya ‘BERCERAI KIRA2 TIGA TAHUN LALU SETELAH 8 TAHUN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA”… agak2lah ank pon baru usia 7 tahun takkan dh bercerai 8 tahun???????
Please lah jangan kahwin. Umur tu dah tua. Jangan kahwin lagi. Jadi single aje lah. Ape susah nye
Tak lah cantik sangat pompuan kau pilih tu