fbpx

Selepas Tauke Jambu, Shahrol Shiro Nafi Jadi Bapa Ayam

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah, kelmarin.

Selepas nama Tauke Jambu dipetik netizen, nama pelawak Shahrol Shiro turut terkena tempias apabila menerima pertanyaan daripada kenalan yang ingin mengetahui kebenaran.

BACA: Tauke Jambu Nafi Terlibat Kes ‘Bapa Ayam’

Bagaimanapun, Shahrol menafikan dirinya individu yang direman terbabit kes tersebut. Kata Shahrol lagi, dia turut memberikan bukti dimana dimana umurnya bawah 40-an.

Dalam pada itu, Shahrol turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertanya dahulu, namun ada juga segelintir indiivdu terus menuduh tanpa usul periksa.

“Beberapa sahabat termasuk bertanya adakah itu saya dan saya telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”. Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen-komen terus menuduh saya.

“Saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda,” tulisnya.

Semalam, Tauke menafikan dia adalah pelawak yang ditahan polis. Tegas Tauke lagi, dia tidak kaitan dengan penangkapan itu. Dalam pada itu, Tauke berkata dia tidak marah apabila namanya disebut oleh netizen sebaliknya menganggap ia perkara yang kelakar.