Baru-baru ini, pelawak Shahrol Shiro berkongsikan mengenai pelantikannya sebagai tenaga pengajar kursus Citra UKM, namun ianya menjadi bualan di media sosial sehingga ada yang mempersoalkan latar belakang akademiknya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Pusat Komunikasi Korporat UKM memaklumkan pelantikan Shahrol adalah sebagai pengajar sambilan kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon khusus kepada ‘stand-up comedy.’
BACA: Shahrol Shiro Jadi ‘Orang Tengah’, Hutang Mamak Puteh Dengan Stesen TV Selesai
Pihak UKM berkata lagi, pelantikan Shahrol hanya berkaitan latihan amali dan praktikal sahaja tanpa pengajaran di dalam kuliah.
“Lantikan ini juga adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengamal industri seni yang mempunyai penglibatan dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi.
“Kursus Citra UKM (Seni Lakon) merupakan kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar UKM bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan, khususnya aspek asas lakonan dan persembahan.
“FPSC adalah fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian transdisiplin, meliputi pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform,” tulis kenyataan berkenaan.