fbpx

Shahir AF8 Mula Besar Kepala & Gagal Hadiri Temujanji Tanpa Sebab

UPDATE (2023hrs) : Ibu Jawab Masalah Disiplin Shahir AF8. Kini Berehat Di Kampar, Perak. Ermm! – mStar Online

Mula’nya kami malas mahu ambil pusing akan perihal wartawan yang mengadu bahawa Shahir AF8 sekarang ini tidak seperti dahulu.

Wartawan & orang belakang tabir dunia seni mula bising akan perihal Shahir AF8 kini mula suka batalkan temujanji di’saat saat akhir.

Menurut satu sumber, Shahir AF8 di’katakan gagal untuk hadir ke satu sessi fotografi dengan memberi alasan beliau mengalami sakit kepala melampau (migrain).

Namun, malam sebelum itu, ada saksi yang nampak & mengesahkan bahawa Shahir AF8 melepak sampai ke pagi di Sunway Pyramid.

Apa yang terjadi malam ini sebenarnya yang menggerakkan hati kami untuk turut menulis akan masalah disiplin Shahir AF8 ini. GUA Malaysia melaporkan;

Apa sudah jadi kepada bintang yang di’katakan bakal menyinar ini? Aznil Hj Nawawi turut berasa tidak senang dengan tindakan bakat baru dalam dunia hiburan ini.

Jangan kerana seronok menikmati hidup mewah sebagai orang dalam dunia hiburan membunuh kepercayaan orang-orang yang banyak membawa naik nama baik kau. Professional sikit beb!