Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang baru saja menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada 17 April lalu.
Menerusi Instagram, Shaheizy berkongsikan nama anak keduanya iaitu nama Sarima Samheizy diberikan untuk anak perempuan mereka itu. Dalam pada itu, Shaheizy sempat bergurau mahukan 10 orang lagi cahaya mata.
BACA: Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Selamat Timang Anak Kedua
“Setelah 2 tahun putera Syeriv Samheizy berkuasa dikausnya, kini telah diambil alih pula oleh puteri Sarima Samheizy. Dua selamat bertakhta, tinggal 10 Samheizy je lagi. Harap kausnya bertahan,” tulis Sam.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji nama anak yang dipilih oleh pasangan tersebut yang disifatkan sangat unik dan klasik.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Syeriv Shamheizy yang kini berusia 2 tahun.