fbpx

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah buat pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang baru sahaja menyambut kedatangan cahaya mata kedua baru mereka. Berita baik berkenaan dikongsikan pasangan terbabit di Instagram.

BACA: Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Bakal Timang Anak Perempuan

Menerusi perkongsian itu, Sam meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak kedua mereka. Terus berkongsi jantina anak kedua mereka iaitu bayi perempuan, telah selamat dilahirkan 9.15 pagi tadi.

Bagaimanapun pasangan tersebut masih belum mendedahkan nama buat cahaya mata perempuan mereka itu dan hanya menggelarkan bayi SS. Di ruangan komen pula, ramai mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Dalam perkongsian Syatilla pula, sempat pelakon itu bergurau membuat tutorial memakai mekap selepas selesai urusan bersalin. Memang nampak cantik berseri ibu kepada dua anak itu. Tahniah sekali lagi diucapkan! (rtky/w)