fbpx

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Bakal Timang Anak Perempuan

Sebelum ini Syatilla Melvin pernah memberitahu untuk anak kedua dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan. Nampaknya apa yang diidamkannya itu dimakbulkan.

Menerusi Instagram, Syatilla berkongsikan perkhabaran gembira itu bahawa dia bakal melahirkan anak perempuan. Syatilla turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi untuk tatapan umum.

BACA: Syatilla Melvin Idam Anak Perempuan Comel, Mata Hijau

Dalam pada itu, Syatilla turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang dikurniakan kepada mereka sekeluarga.

Diruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah serta turut mendoakan agar bayi yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan sihat. Ramai yang tidak sabar untuk melihat anak kedua Syatilla dan Shaheizy Sam, ada yang mengatakan pasti bayi perempuan itu cantik seperti ibunya.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun.