fbpx

Syatilla Melvin Idam Anak Perempuan Comel, Mata Hijau

Selepas keguguran hingga mengalami pendarahan teruk pada Julai lalu, pelakon Syatilla Melvin mengumumkan perkhabarkan gembira apabila dia mengesahkan hamil anak kedua awal bulan ini.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Syatilla memberitahu dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan bermata hijau. Syatilla turut meminta peminatnya mendoakan agar apa yang diidamkan itu dimakbulkan.

BACA: Selepas Gugur Julai Lalu, Syatilla Melvin Hamil Anak Kedua

Rata-rata peminatnya memberikan respon positif  serta turut mendoakan agar Syatilla dan Sam dikurniakan zuriat yang comel, cukup sifat dan sihat.

Sebelum ini, pelakon Syatilla Melvin meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran. Syatilla yang ketika itu hamil enam minggu mengalami pendarahan yang teruk selepas melakukan kerja rumah.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun.