fbpx

Shaheizy Sam Nafi Lobi, Undi Diri Sendiri Untuk Menang

Baru sahaja merangkul anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) kali ketiga baru-baru ini, Shaheizy Sam sudah terpalit dengan spekulasi bahawa dirinya mengundi diri sendiri untuk meraih anugerah tersebut.

BACA: Menang Kali Ketiga, Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2014

“Spekulasi itu perkara biasa apabila kita menang. Seperti contoh, saya seorang peminat bola dan sekiranya pasukan saya kalah, pasti saya akan kata pengadil berat sebelah. Pertikaian yang dibangkitkan ini lebih kepada bersifat tanggapan daripada sudut luaran semata-mata”

“Saya percaya undian yang saya terima ini adalah daripada semua pihak bukan sahaja daripada peminat saya sahaja. Tiada benda yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka selain doa dan ucapan terima kasih,” katanya terharu kepada mStar Online.

Selain Bintang Paling Popular 2014, Sam turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Sebelum ini, pelakon ini juga pernah dua kali merangkul gelaran sama iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Mengakui dia juga tidak sangka memenangi anugerah berkenaan kerana kariernya agak perlahan kebelakangan ini, Sam juga bersyukur kerana kemenangan tersebut membolehkan dia membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid sumbangan UMW Toyota Motors. (rtky/s)