Pernah memenangi dua kali Anugerah Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 setelah mendapat sebanyak 265,000 undian.

BACA: Aaron Aziz Sekali Lagi Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular 2013


Kemenangan itu membolehkan Shaheizy Sam yang pernah membolot Anugerah Bintang Popular 2010 dan 2012, membawa pulang hadiah berupa sebuah Toyota Camry tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Selain itu, Sam turut membolot anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.


Majlis gilang-gemilang yang diacarakan oleh Amy Mastura, AG (Hot FM) dan Sherry Alhadad telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 15 kategori yang dipertandingkan:



Anugerah Bintang Paling Popular abpbh 2014: Shaheizy Sam

Artis Baharu Lelaki Popular: Hafreez Adam
Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias
Artis Duo/Berkumpulan Popular: Akim & The Majistret
Pengacara TV Lelaki Popular: Datuk Aznil Haji Nawawi
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Shah Iskandar
Artis Baru Wanita Popular: Ayda Jebat
Penyampai Radio Lelaki Popular: Johan
Pengacara TV Wanita Popular: Neelofa
Pelakon TV Wanita Popular: Nad Zainal
Artis Komedi Lelaki Popular: Abam (Bocey)
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Lelaki Popular: Akim Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Siti Saleha

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri Dato’ SM Salim

KATEGORI ONLINE
Personaliti Popular: Faiz Dickie
Gandingan Serasi Di Layar: Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Pasangan selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
Artis Paling Kontrovesi: Sharnaaz Ahmad
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Datuk Siti Nurhaliza