Pelakon Shaheizy Sam meluahkan rasa syukur kakaknya, Datin Seri Zizie Izette dibebaskan daripada tiga pertuduhan jenayah.
Memetik Harian Metro, Zizie berkata dia mengakui bimbang apabila kakaknya perlu berdepan pertuduhan seorang diri selepas suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin meninggal dunia.
BACA: Zizie Izette Terkejut Terima Wang Penghargaan RM2.8 Juta, Tak Maklum Ke Suami
Tambahan pula, kakaknya kini perlu bekerja keras demi anak-anak yang masih kecil namun dia melihat Zizie berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya sudah selesai dengan keputusan yang berpihak kepada dia (Zizie). Tidak dinafikan, saya risau juga sebab dia pun sudah tiada suami dan anak-anak juga masih kecil.
“Saya tengok Zizie keadaannya nampak okay. Mungkin depan kita, dia bersikap macam itu kerana tidak mahu adik-beradik risau, tetapi di belakang, saya pun tidak tahu. Cuma, dia (Zizie) sekarang nampak lebih bekerja keras dan bersemangat demi anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Sam berkata kakaknya tidak berkongsikan apa-apa sepanjang menghadapi proses perbicaraan dan dia melihat Zizie kini lebih kuat.
“Saya tengok mentaliti dia (Zizie) memang kuat sekarang. Mungkin dari segi pemikiran dia pun sendiri sudah jauh berubah bila harus berhadapan keadaan seperti kes itu dengan tenang.
“Apa pun, dia memang tidak berkongsi apa-apa. Bagi saya, tidak mengapa kalau Zizie tak berkongsi sebab mungkin dia juga sudah reda,” katanya.
Sumber: Harian Metro