fbpx

Aaron Aziz Sekali Lagi Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular 2013

Jejaka idaman satu Malaya tak lain tak bukan, Aaron Aziz sekali lagi telah berjaya bergelar Bintang Paling Popular bagi tahun 2013, dan sebelum itu juga dia telah merangkul gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular 2013 yang telah menewaskan pesaing-pesaing terdekatnya seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Pekin Ibrahim dan Adi Putra.

Kemenangan itu membolehkan Aaron Aziz membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence. Dan, Aaron Aziz pernah memenangi gelaran yang pada edisi 2011.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura, Shahrol dan Ajak (Shiro) selain beberapa penyampai jemputan seperti Fizz Fairuz, Almy Nadia, Emma Maembong, Zizan Razak, Nasir Wahab dan Lana Nordin.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Mawi, Ac Mizal, Zainal Abidin, Hazama Dayang Nurfaizah dan Tegar.

ABPBH 2013 edisi ke-27 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Berikut merupakan senarai penuh pemenang ABPBH 2013 untuk rujukan anda di masa hadapan (kalau diperlukan). (rtky/hfz)

1) BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ
2) PENYANYI LELAKI POPULAR: HAFIZ SUIP
3) PENYANYI WANITA POPULAR: STACY
4) ARTIS DUO / BERKUMPULAN POPULAR: STACY & AKIM
5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: ACHEY
6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: ZARA ZYA
7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: AARON AZIZ
8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: SITI SALEHA
9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SHAH ISKANDAR
10) PELAKON TV WANITA POPULAR: SITI SALEHA
11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: JEP SEPAHTU
12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: JIHAN MUSA
13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: DATUK AC MIZAL
14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: NEELOFA
15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: JOHAN RAJA LAWAK (Era FM)
16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: FARA FAUZANA (Hot FM)
17) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: DATUK RAHIM RAZALI