fbpx

Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit Adakan Konsert Di Malaysia Oktober Ini

Bintang terkemuka Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan akan menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur menerusi konsert Temptation Reloaded di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober ini.

Sebut sahaja nama Shah Rukh Khan, sudah tentu peminat-peminat Bollywood seluruh dunia akan mengenali beliau dengan lakonannya yang cukup berkesan walaupun nyanyiannya yang bersifat ‘miming’ sahaja.

Filem-filem seperti Kuch Kuch Ho Tai, Dil To Pagal Hai, Mohabbatein dan lain-lain lagi merupakan antara filem yang mendapat kutipan box-office bukan sahaja di India malah negara-negara Asia yang lain terutamanya, negara tercinta Malaysia.

Pihak penganjur Hitman Solutions Sdn Bhd dan 2SPICY Entertainment Sdn Bhd menjangka diva Madhuri Dixit dan rapper Honey Singh akan turut serta bersama kumpulan penari dan penghibur.

Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata pelakon berusia 47 tahun itu akan mengetuai konsert selama tiga jam itu yang dipenuhi muzik, tarian dan gimik.

Beliau berkata tiket yang berharga antara RM99 hingga RM1,999 akan mula dijual minggu hadapan di The Gardens, Mid Valley. Anda juga boleh melayari www.vip.my untuk mendapatkan tiket dan maklumat lanjut mengenai konsert ini.