fbpx

Shah Iskandar Tak Malu Buka Gerai Tepi Jalan Jual Mangga

Tidak hanya berpeluk tubuh berikutan aktiviti penggambaran tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon Shah Iskandar memilih untuk berniaga buah di tepi jalan.

Shah berkata, duit simpanannya masih ada dan boleh sahaja berehat dirumah namun dia mengakui dirinya jenis yang tak boleh duduk diam. Ujarnya, dalam masa sama boleh mengisi masa terluang.

BACA: Empat Tahun Menanti, Shah Iskandar Bakal Timang Anak Pertama

“Saya ada simpanan, boleh saja kalau saya nak relax di rumah tapi saya jenis yang tak boleh duduk diam.

“Di rumah pun saya cuba kemas barang-barang rumah, saya fikir kenapa tidak buat benda yang lebih berfaedah iaitu dengan berniaga,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Shah berkata, meskipun melakukan perniagaan di tepi jalan namun , dia tetap mengambil langkah selamat demi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kita ikut SOP yang diwajibkan… kita pakai mask, sediakan hand stanitizer, pakai sarung tangan,” katanya.

Bulan lalu, Shah berkongsikan berita gembira apabila isterinya Siti Sarah Mohd Noor disahkan hamil dan usia kandungan kini mencecah empat bulan selepas empat tahun menanti.