fbpx

Ha. Tidak pasal pasal ahli politik muncul menjadi satu kisah menarik di laman hiburan gossip ini. Sekali sekala orang tua kata, tiada salahnya.

Ini merupakan kenyataan pertama daripada Datuk Seri Shafie Apdal berhubung dakwaan parti pembangkang yang berkata beliau membayar RM1.5 juta kepada Zahida Rafik.

Bayaran yang cukup lumayan itu bertukar tangan di’katakan kerana Datuk Seri Shafie Apdal mempunyai hubungan sulit dengan aktress popular itu — dan membayar sekurang kurangnya RM100,000 setiap kali bertemu.

Menteri ini turut menafikan dakwaan Noor Azman Azemi yang mendakwa beliau di’upah untuk menjadi pemandu peribadi Zahida Rafik dan mengawal pergerakan aktress tersebut sejak tahun 2009 melalui Twitter beliau.

Dalam kenyataan ringkas menerusi surat yang di’lampirkan melalui Twitter rasmi beliau, Datuk Seri Shafie Apdal turut menegaskan yang laporan yang di’sebarkan ini tidak lain berniat jahat & bermotifkan politik.