fbpx

“Setiap Kecaman & Celaan Saya Maaafkan” – Isteri Lan Pet Pet

Nampaknya kes seorang pelawak terkenal menumbuk seorang pengawal keselamatan sehingga cedera teruk masih lagi menjadi bualan ramai. Rata-rata netizen mengecam tindakan pelawak tersebut kerana sanggup melakukan perkara sedemikian terhadap seorang lelaki warga emas.

Susulan isu tersebut, isteri kepada Lan Pet Pet iaitu Ruby Che Wan turut menjadi mangsa serangan netizen apabila akaun Instagramnya dihujani dengan komen yang meminta wanita itu menasihati suaminya supaya berubah dan belajar menghormati mereka yang lebih tua.

BACA: Pelawak Belasah Pak Guard Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Dalam pada itu, Ruby turut memuat naik kapsyen gambar menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu dia memaafkan netizen yang melemparkan kecaman kepada mereka. Katanya lagi, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan. Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda.

“Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’, kerana kita semua manusia tidak sempurna,” tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelawak terkenal bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan sebelum bertindak memukul, menendang serta membaling batu.