fbpx

Pelawak Belasah Pak Guard Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Susulan penularan video seorang pelawak terkenal yang dikatakan membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan di Taman Acacia, Nilai, Sabtu lalu, pihak polis telah pun menahan artis tersebut petang semalam untuk siasatan.

Namun hari ini, memetik laporan Harian Metro, pelawak berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

BACA: Pelawak Terkenal Pukul Pengawal Keselamatan Warga Emas

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, arahan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini. Katanya lagi, siasatan kes tersebut masih akan diteruskan.

“Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman, namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin.Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan,” katanya.

Awal pagi tadi, pelawak berkenaan yang memakai kemeja biru dibawa dengan trak polis ke Kompleks Mahkamah Seremban nan dibawa masuk ke Mahkamah Khas Reman untuk mendapatkan permohonan reman.

Semalam, tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal bertengkar dengan seorang pegawai keselamatan warga emas.

Dalam kejadian tersebut, pengawal keselamatan berusia 68 tahun itu cedera selepas ditumbuk tiga kali pada bahagian muka serta turut ditendang oleh pelawak lelaki berkenaan.