fbpx

“Setiap Kali Waktu Maghrib, Benda Itu Akan Usik Saya”

Sebelum ini kecoh mengenai status Remy Ishak yang memberi amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan juga keluarganya. Mengakui mengalami gangguan akibat perbuatan sihir, Remy berkata dia masih dalam tempoh rawatan.

Menurut Remy, dia tidak menyalahkan orang lain di atas dugaan yang menimpa dirinya kerana mungkin ada juga kesilapan datang dari dirinya sendiri dan perlu kuat melawan ujian tersebut.

BACA: Remy Ishak Beri Amaran Individu Hantar Sihir Pada Keluarganya

“Mungkin apa yang berlaku ada juga kesilapan datang daripada diri sendiri dan saya tidak menyalahkan orang lain. Walaupun ujian ini terlalu berat saya harus melaluinya dan bangkit untuk melawan,” katanya kepada Harian Metro.

Remy berkata lagi, dia masih lagi diganggu dan akan menjadi lemah selepas waktu Subuh sehingga waktu Asar. Ujarnya lagi, gangguan tersebut membuatkan dirinya seperti orang lain.

“Sehingga kini saya masih diganggu terutamanya pada waktu Maghrib apabila hendak solat benda itu akan mengusik saya.

“Keadaan saya jadi serba tidak kena dan apabila berada di tempat orang ramai kadang-kadang boleh jadi pemarah. Mujur masih ada agama dan itu yang membuatkan saya kuat untuk melawan,” katanya.

Terdahulu, Remy pernah berkongsi mengenai dirinya yang menjadi mangsa ilmu hitam. Remy berkata, pada awal dia menyangka mengalami kemurungan namun selepas keadaan semakin teruk dia bertemu ustaz untuk mendapatkan rawatan.