fbpx

Sejak semalam, ramai dikejutkan dengan dakwaan ibu kepada pelakon jelita Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Lebih kecoh, apabila Hannah didakwa berkahwin dengan Imam Shah setahun lalu apabila gambar Eleena Sui serta gambar dikongsikan oleh ibu mentua seolah memberi gambaran perkahwinan itu berlangsung Februari tahun lalu.

BACA: Foto Eleena Sui Jadi Bukti, Hannah Delisha Didakwa Nikah Tahun Lalu?

Bagaimanapun, netizen terlebih dahulu melakukan tinjauan dan menemui entri ibu Hannah bertarikh 22 Februari 2020 di mana ia didakwa berdekatan dengan tarikh asal penikahan pelakon itu.

Menerusi posting itu, ibu Hannah meluahkan rasa gembira meliha pelakon Zahirah Macwilson dan Emma Maembong bertemu pasangan pilihan serta memuat naik gambar pelakon-pelakon itu bersama ibu mereka.

Dalam entri tersebut, ibu Hannah turut mengatakan setiap ibu pasti mahu melihat anak mereka bahagia serta berpesan agar mencari pasangan terbaik.

“Memilih pasangan yang terbaik terletak di akhlaknya , kesopanan cara pemikirannya dan cara-cara tindakannya …semuanya harus kejalur kerohanian yang murni itu lah ciri pasangan yang baik …baru lah boleh menjadi pembimbing yang adil dan bijak.

“Bukan yang penuh kebiadapan yang keterlaluan.. sehingga tidak mengenal cara berdepan dengan orang yang lebih tua,” tulisnya.

Malah, Ashikin turut berpesan kepada anak-anak supaya taat pada perintah kedua ibu bapa kerana hukumnya haram jika menderhakai mereka.

Tidak dapat dipastikan sama ada entri itu ada kaitan dengan isu perkahwinan Hannah atau mungkin hanya sekadar kebetulan.

Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada pasangan itu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.