Sudah dua tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Lufya Omar berkata dia masih belum terbuka hati lagi untuk mencari pengganti.

Memetik mStar Online, Lufya berkata meskipun perkahwinannya sebelum ini gagal namun dia tidak trauma, sebaliknya anaknya juga turut menggalakkanya untuk berkahwin.


BACA: Berjiran Dengan Awal Ashaari, Lufya Omar Dedah Nak Hantar Blender Pun Kena Minta Izin Management

“Saya belum terbuka hati… bukan sebab trauma. Tapi sebab saya rasa kehidupan sekarang lebih bahagia. Sebab saya ada bisnes bakery dan sibuk dengan perniagaan itu.

“Tambahan pula, saya gembira jalani kehidupan bersama anak saya. Disebabkan seronok bersama anak dan sibuk berniaga, saya tak rasa pun kesunyian.

“Ikutkan anak memang galakkan saya berkahwin… hari-hari tanya bila nak cari ‘new papa’. Apa-apa pun saya berserah pada Allah. Doa yang terbaik untuk kehidupan saya,” katanya.


Terdahulu, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada tahun 2016, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada Jun 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura kini berusia empat tahun.