Berjiran Dengan Awal Ashaari, Lufya Omar Dedah Nak Hantar Blender Pun Kena Minta Izin Management
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara, Awal Ashaari didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Lufya Omar yang tinggal di perumahan yang sama mendedahkan turut mengalami pengalaman buruk.
BACA: Awal Ashaari Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Alih Guna Tangan
Memetik mStar Online, Lufya berkata cara pihak berkenaan yang keterlaluan menjaga keselamatan sehingga menyukarkan penduduk. Lufya juga mendakwa seorang pekerja di pengurusan itu juga tidak boleh bertolak ansur sehingga menimbulkan salah faham.
“Saya pun pernah alami benda yang lebih kurang sama. Saya pernah dihalang masuk sebab lambat bayar yuran selenggara. Saya bukan sengaja lambat bayar, tapi ada masalah management itu.
“Malah, orang nak hantar blender pun, saya nak kena beritahu pengurusan… semua benda nak kena minta izin pengurusan. Mungkin dia nak menjaga keselamatan tapi keterlaluan pula. Buat macam kami ini semua tahanan di pulau.
“Bagi saya, ni bukan masalah pihak pengurusan tapi pekerja wanita itu yang kurang ajar! Ramai penduduk di kawasan perumahan ini memang tak puas hati dengan dia. Bagi saya, dia memang biadab!
“Jiran belakang rumah saya pun marah dengan pekerja wanita itu yang masuk ke rumahnya yang sedang diubah suai tanpa izin,” katanya.
Dalam pada itu, Lufya berkata meskipun mempunyai yuran tertunggak namun pihak pengurusan tiada hak untuk menghalang pemilik masuk rumah sendiri.
Lufya yang berjiran dengan Awal berkata suami kepada aktres Scha Al Yahya itu seorang yang budiman dan tidak pernah menganggu orang lain.
“Saya berjiran dengan Awal… rumah saya bersebelahan dengan rumah dia. Kawasan kejiranan kami memang sangat bagus. Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain. Netizen salah faham ingat dia langgar palang pagar dengan kereta.
“Tapi sebenarnya dia sekadar naikkan palang guna tangan sebab nak masuk rumah ambil barang. Memang la dia tak bayar yuran pengurusan tapi kenapa nak halang dia masuk rumah sendiri?
“Sepatutnya kalau dia tak bayar, hantar la surat amaran dahulu. Lagipun, bukannya Awal menyewa di situ tapi memang rumah dia,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Management perumahan mmg byk yg bodo laa.. Nape ekk, poyo gile.. Mmg byk yg aku jumpa gila kuasa, suka menyusahkan orang!
rumah sendiri pun susah nk masuk apa punya managenment
Management perumahan ni ada 2 jenis je satu yg langsung x guna mcm x wujud dan satu lg yg terlalu tegas. Jd korg pilih laa nk yg cmne yer. Kalau dpt yg langsung buat x tau korg merungut jugak, dpt yg straight sngt pun korg komplain jugak. Kalo cmtu elok beli banglo jek x payah nk berurusan dgn management perumahan. Korg jaga le rumah ko sendiri!!!
Buang ja managment macam tu..semak
Bab delivery tu bagus jgk..kne straight takut bawak bende lain pulak..tp bab owner x leh masuk sbb akses kad expired itu melampau la…
satu je nak cakap, kalau angkat palang dengan tangan takkan sampai ke court..macam xlogic plak…n rules kt management office, 1 yg pasti kena tau, rules hanya boleh diluluskan oleh pihak AJK penduduk (JMB or Commitee members). So JMB or committee ni adalah dri resident2 yg duduk kt ctu…cuba kaji dlu sape yg luluskan peraturan tuh..semua kena bersign ..xde u boleh saman balik management tuh..
Tegas dlm BI ialah strict bkn straight…
ini mgmt bangang. mana boleh halang owner masuk rumah dia. owner ada parking kat dalam, mgmt takde hak halang owner masuk. ini SALAH. awal boleh sue balik. buka akta 757 KPKT la, baca kasi faham. hanya susahkan boleh, register utk masuk bukan halang terus awal masuk. juga mcm clamping air, pun salah. byk org tak tau pasal dua perkara ni yg selalu mgmt pakai guna. salah tak byr mtnc tu tetap salah, tp semua atas budi bicara. takkan lawyer awal bodoh kot. silap haribulan naye je mgmt kondo ni kena lipat balik. siapkan la duit nak bayar saman awal.
yela cermin aku duk gelak amende straight2 ni ko igt org cite pasal gay ke apa.strict beb.ayat basic pun tkleh guna.sama jugak penggunaan natural ataupun guna neutral pun ada org salah.ckp melayu jele.haishh
setuju dg blacknikotin, ada la committee yg bg arahan pd management. check la sapa bg arahan yg tegas sesangat tu.
Jgn duduk condo kalu tak suka dgn peraturan yg ketat dan menyusahkan. Lambat tak lambat management fee musti dibayar pd masa yg ditentukan. Parking, kolam renang, gym, landscape, kebersihan dan kemudahan lain yg disediakan oleh developer pembiyaiannya dikongsi bersama penduduk sebahgiannya dari yuran yg dikutip dari penghuni. Tidak adil kpd penghuni lain yg bayar yuran secara tepat tetapi ada pebghuni yg tak bayar tp dpt kemudahan yg sama. Jgn naik angin kalu tidak bayar.
Strict tu bagus demi keselamatan penduduk setempat..cuma mungkin kena tukar SOP lah kot. Buang apa yg boleh menyebabkan hak tuan rumah terjejas. Management pon kenalah bertolak ansur. Jangan buat sesuka hati. Apa2 procedure kena ikut logik, jangan ikut suka sesedap rasa hati kau.
Liyana, undang2 sudah diluluskan oleh parliamen (bukan oleh JMB ye) memberi kuasa kpd JMB mengambil tindakan keatas penghuni yg gagal membayar management fee. Utk pengetahuan awak management fee dikutip secara quarterly (bayar sekali utk 3 bulan) bermakna sekali culas bayar kira 3 bulan tak bayar. Awak kena banyak membaca malangnya peraturan2 ni mendapat liputan luas dimedia BI. Sbb tu untung mrk yg membaca media BI cepat dpt info.
Kat blog lain pun ada laporan Amar Bahrain bengang tak boleh buat pengambaran dirumah milik mutlaknya. Retis-retis mesia ni ramai yg tidak membaca, org duduk kondo dorang nak duduk kondo. Nak bgtahu selain Sale & Purchase Agreement yg ditandatangani oleh pembeli ada satu lg dokumen ” Deeds of Mutual Covenant ” yg ditandatangani oleh semua pembeli. Didalam DMC ada di nyatakan perkara2 yg tidak boleh dilakukan pemilik walaupun condo tu hak mutlak pembeli. Cuba Amar Bahrain baca semula DMC tu dan mungkin ada peruntukan tentang penggambaran atau buat drama. Kalu DMC kata tak boleh, tak bolehlah. Bro, kena baca dulu dokumen tu baru boleh komen.
Uruskn bayaran ditetapkn..@ minta izin bayar lewat sikit, jgn diam..selesai lah masalah.
Punca adalah lambat bayar,atau ada tunggakan maintenance service & singking fund.jika bayaran bagus pasti semuanya berjalan lancar.ini mungkin jenis kerapnya tertunggak, atau tunggakan tinggi.
Punca adalah lambat bayar,atau ada tunggakan maintenance service & singking fund.jika bayaran bagus pasti semuanya berjalan lancar.ini mungkin jenis kerapnya tertunggak, atau tunggakan tinggi.
Hensem, cuba kamu baca tajuk ” what JMB is allowed and not allowed to do against defaulters” dalam web ‘propsocial.my.’ Habis baca boleh hantar komen kamu berdasarkan ” fakta” dari website tu. Ramai org cepat komen tp tidak membaca. Kalu baca pun ruangan hiburan saje sbb tu terserlah ketidaktahuaan mrk.
Tuan/ Puan
Sila fahami Akta Strata 2013 (Akta 757), rujuk Sale & Purchase Aggrement dan Undang-Undang Kecil Bangunan. Petak dan aksesori milik anda tetapi bukan harta bersama.
Management banyak pow duit masuk poket sendiri. Tender utk repair walhal dah ada in house maintennance tp nak hired outside punya sebab kata xboleh buat. Tender repair render apa apa dlm management semua bg kenalan sedara diorg duit masok poket sendiri and i dont like the strata. Tq. Harap awal voice out this thing. Kita yang bayar gaji mereka kita pula yang kena tunduk.