fbpx

Setelah Ditipu, Hasrat Nubhan & Firman Tunaikan Umrah Tercapai

Selepas menghadapi pelbagai masalah penipuan dari pihak ketiga yang menguruskan perjalanan mereka, akhirnya hasrat penyanyi, Nubhan Ahmad dan Firman Bansir untuk menunaikan umrah bersama keluarga tercapai. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa syukur dan berharap semuanya akan berjalan lancar.

BACA: Ditipu Pakej Umrah, Nubhan Kerugian RM50,000

“Sebenarnya Tiram Travel tidak terlibat dalam penipuan ini. Wanita yang menguruskan perjalanan bagi mengerjakan umrah hanya menggunakan nama agensi tersebut untuk mengelirukan pihak kami. Perjalanan kami ini diuruskan oleh seorang individu yang tidak mahu namanya didedahkan, namun kami terpaksa mengeluarkan sedikit wang sebagai tambahan”

“Pengalaman dua kali ditipu akan dijadikan pengajaran untuk kami lebih berhati-hati selepas ini dalam apa jua urusan dan saya mengucapkan terima kasih kepada wakil Tiram Travel Sdn. Bhd, yang tampil membantu,” katanya kepada Utusan Online dalam satu sidang akhbar sebelum berlepas ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada awal April lalu, sekumpulan lebih daripada 50 jemaah termasuk keluarga Nubhan dan Firman telah terkandas di KLIA apabila mereka dikatakan ditipu oleh syarikat pelancongan sehingga nama mereka tidak tersenarai di kaunter pendaftaran untuk berangkat ke Mekah dengan penerbangan pukul 8.45 malam. (rkty/w)