fbpx

“Setahun Lebih Saya Pikul Tanggungjawab Sebagai Bapa”

Rumah tangga yang dibina hanya bertahan empat tahun selepas disahkan bercerai talak satu pada 17 Jun lalu, Lufya Omar berkata dia tidak pernah menghalang bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz untuk bertemu anak mereka.

Menurut Lufya bekas suaminya itu yang tidak pernah datang untuk menjenguk anak mereka Laana Haura, yang kini berusia tiga tahun. Lufya turut meminta Che Hafiz supaya tidak berdolak dalik mengenai anak.

BACA: Lufya Omar, Dr Che Hafiz Sah Bercerai Talak Satu

“Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu (Hafiz) sebagai bapa. Saya tak halang dia untuk menjenguk anak, tapi dia tak datang pun.

“Mengenai anak, jangan nak berdolak dalik. Allah Maha Melihat. Jadi lelaki dan jangan cakap tak serupa bikin. Kesian kepada anak kerana masa depan dia lebih penting,” katanya kepada Harian Metro.

Lufya turut menegaskan dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincang bersama. Malah, turut meminta Hafiz tidak menggunakan dirinya untuk mengejar glamor.

“Saya ambil pendekatan berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincangkan antara kami atau di mahkamah. Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamor. Awak adalah doktor dan bukannya artis. Jaga tatasusila sebagai doktor,” katanya.

Dalam pada itu, Lufya menegaskan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka bukanlah fitnah, malah dia turut mempunyai bukti kukuh. Bagaimanapun, dia enggan menghebahkan kerana mahu menjaga aibnya dan juga keluarga.

“Saya dah cukup bersabar. Kalau dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab, tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tuduhan saya ini.

“Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya,” katanya.