fbpx

Genap setahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menziarahi puasara suaminya bersama anak lelaki mereka, Noah Aidan Sinclair.

Meskipun dalam keadaan hujan, Bunga tetap berada di pusara mengenangkan suaminya sambil memeluk erat Noah. Lebih menyentuh hati, status yang dimuat naik untuk arwah suaminya.

BACA: BCL Tak Terfikir Langsung Untuk Kahwin Lagi

“Hai Daddy, setahun sudah kamu telah pergi meninggalkan kami. Hari ini, kami ingin memberitahu bahawa setahun yang lalu amat sukar buat kami berdua hidup tanpa kamu, tapi kami baik-baik sahaja.

“Kami cuba dengan situasi yang baru ini. Oleh itu, kamu jangan risau tentang kami. Semoga kamu bahagian di sana. Kami sangat merinduimu,” tulisnya.

Perkongsian Bunga itu turut menyentuh hati netizen yang berharap agar Bunga dan Noah kekal tabah menempuhi dugaan serta mendoakan Allahyarham Ashraf ditempatkan di kalangan orang beriman.

Terdahulu, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Danial Mohamad Sinclair dilaporkan meninggal dunia di Jakarta akibat serangan jantung pada 18 Februari tahun lalu.