fbpx

Sertai Majlis Ilmu, Kemesraan Lisa Surihani & Erra Fazira Dipuji

Baru-baru ini, pelakon Erra Fazira ada memuat naik video serta meluahkan rasa syukur dapat berkumpul dengan rakan selebriti dalam majlis anjuran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar.

Menerusi entri itu, Erra berkata meskipun pertemuan itu hanya sebentar namun ada ilmu bermanfaat serta berharap menjadi asbab untuknya terus istiqamah.

BACA: Sambut Hari Jadi Ke-13, Netizen Puji Wajah Anak Erra Fazira

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati.. Moga ini menjadi asbab utk kita terus istiqomah mencari syurga..

“Moga dengan izinNya pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua.. insyaAllah, Amin,” tulisnya.

Menerusi video itu, dapat dilihat suasana dalam majlis tersebut serta kelihatan pelakon Lisa Surihani berbual bersama Erra serta beberapa selebriti lain.

Lisa dilihat turut meninggalkan komen pada entri itu meluahkan rasa gembira gembira dapat bertemu dengan Erra pada majlis ilmu tersebut.

Perkongsian Erra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap terbuka kedua pelakon itu serta menjaga silaturahim. Malah, ada yang mengagumi kedua selebriti itu yang sudah move on dari kisah lama.