fbpx

Sambut Hari Jadi Ke-13, Netizen Puji Wajah Anak Erra Fazira

Baru-baru ini, primadona Malaysia iaitu Erra Fazira ada memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Engku Aleesya yang ke-13 tahun.

Menerusi entri itu, Erra turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Aleesya dalam hidupnya serta menyifatkan anaknya itu adalah paling berharga buat dirinya.

BACA: Erra Fazira Tak Tolak Jodoh Dengan Lelaki Bukan Melayu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Malah, Erra turut mengambil kesempatan dalam mendoakan Aleesya menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.

Perkongsian Erra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Aleesya semakin cantik dan iras seperti ibunya.

Tidak kurang juga ada peminat mengatakan wajah Aleesya sangat sama dengan wajah Erra ketika berlakon dalam filem Sembilu.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 13 tahun.