fbpx

Sertai Majlis Agama, Netizen Bengang Noorkhiriah Kata “Allah Ada”

Susulan peningkatan kes positif COVID-19, orang ramai digesa agar tidak menghadiri perhimpunan atau program yang melibatkan orang ramai termasuk aktiviti keagamaan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang berdegil dan seakan tidak mengendahkan amaran tersebut. Hari ini hangat diperkatakan apabila Noorkhiriah dikatakan akan menyertai sebuah program usrah yang diadakan malam ini.

BACA: Peminat Puji Noorkhiriah Kongsi Video Bersama Jururawat

Menerusi ruangan komen Instagram pelakon itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dan tidak berani untuk menghadiri sebarang majlis kuliah lebih-lebih lagi di saat-saat genting ini.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila Khiriah membalas komen berkenaan dengan mengatakan bahawa “Allah ada”.

 

Jawapan balas Khiriah itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen. Kata netizen, memang Allah itu ada tetapi kita diberikan akal fikiran untuk memastikan tindakan kita itu tidak memudaratkan orang lain sama. Netizen berkata bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Diharap pada mereka yang ingin menghadiri sebarang majlis ilmu agama atau perhimpunan agar berfikir panjang terlebih dahulu bimbang terjadi perkara tidak diingini seperti yang berlaku di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.