fbpx

“Seronok Tengok Diorang Bahagia Tanpa Laki D*rjana” – Netizen

Susulan kontroversi rumah tangganya dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, ramai yang memberikan sokongan terhadap Bella Astillah termasuk rakan-rakan artis.

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah dilihat ada memuat naik video bersama Bella dan adiknya, Didi Astillah membuat trend lagu Alamak Raya Lagi.

BACA: Tindakan Bella Letak Recorder Adalah Tindakan Bijak – Peguam

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana tumpang gembira melihat dua wanita yang kini bahagia tanpa lelaki. 

Malah, ramai yang gembira apabila melihat wanita yang pernah kecewa bangkit dan cuba untuk gembira dengan cara mereka sendiri serta tidak terus bersedih selepas berkali dikecewakan.