fbpx

Jika anda mengikuti media sosial Datin Lisa Surihani, pasti tahu pelakon itu sering mengikuti majlis ilmu bersama rakan selebriti lain.

Terbaru, Lisa ada memuat naik video menghadiri majlis ilmu dikendalikan oleh penceramah Ustaz Wadi Anuar di rumah Datuk Seri Nurhaliza.

BACA: Sertai Majlis Ilmu, Kemesraan Lisa Surihani & Erra Fazira Dipuji

Menerusi video itu, Lisa dilihat tampil sopan memakai kaftan berwarna maroon bersama tudung labuh berwarna hitam. Lisa turut menyertakan kapsyen pada entri berkenaan dengan berkongsikan sebuah hadis.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji penghijrahan Lisa yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memperbaiki diri ke arah lebih baik.