fbpx

Serina Redzuawan Tutup Mulut Soal Keretakan Rumah Tangga

Setelah mendirikan rumah tangga bersama bersama seorang lelaki Inggeris enam tahun lalu, Serina Redzuawan agak lama menyepi dari dunia hiburan. Bagaimanapun terbaru, Serina dikhabarkan mempunyai masalah dengan suaminya, Gavin Edward O’luanaigh namun meminta ruang untuknya menjelaskan perkara yang sebenar bila tiba masanya.

BACA: ‘Kantoi’ Guna Gambar Palsu Untuk Lariskan Produk?

“Apabila tiba masa, saya sendiri akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Tapi untuk ketika ini, saya masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen dan berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya,” katanya kepada Berita Harian Online dengan ringkas melalui aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, memetik sisipin B*Pop Berita Harian Online, ada sumber memaklumkan tentang keretakan rumah tangga Serina apabila laman sosial pelakon itu sendiri sudah lama tidak memuat naik gambar mereka sekeluarga. Sebaliknya, laman sosial beliau hanya dipenuhi dengan perkongsian perniagaan yang diusahakannya serta aktiviti seni.

Bagaimanapun, keretakan rumah tangga pasangan ini dikatakan tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga. Buat ketika ini juga, Serina hanya memilih untuk berdiam diri, tanpa mengeluarkan sebarang komen mengenainya. Walau apapun, mungkin Serina memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara ini, sebolehnya tidak perlulah memilih jalan yang sukar. (rkty/w)