fbpx

Serina Redzuawan Dakwa Bekas Suami Berkhalwat

Pernah mempertahankan maruah suaminya sebelum ini, akhirnya anak kepada chef selebriti Chef Wan iaitu Serina Redzuawan akhirnya mendedahkan perangai sebenar suaminya dalam satu kenyataan di Instagram. Malah perkara tersebut turut dijelaskan dengan lebih mendalam oleh Chef Wan sendiri.

BACA: Serina Redzuawan Mahu Jaga Maruah Suami

Melalui perkongsiannya di laman Instagram dengan gambar bersama anak-anaknya, Serina kini dinafikan hak untuk berjumpa dengan anaknya. Perkara itu dimulakan dengan suaminya yang seringkali memberi pelbagai alasan agar dia tidak berkesempatan untuk berjumpa cahaya matanya sendiri.

Malah sebagai ibu, Serina juga mendakwa bekas suaminya itu turut berkhalwat di dalam rumah dan lebih merisaukan lagi, anak-anaknya juga berada di rumah yang sama. Bimbang akan akidah anaknya akan terpesong, Serina nekad dalam mendapatkan kembali hak jagaan anak.

Sementara itu dalam penjelasan panjang lebar Chef Wan di Instagram, dia turut mendakwa bekas suami Serina, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar telah pun curang semasa mereka masih lagi menjadi suami isteri.

Apa yang pasti, Serina dan juga Chef Wan mengharapkan pengakhiran yang baik selain menyerahkan kepada mahkamah untuk mendapatkan kembali hak penjagaan. (rtky/s)