fbpx

Chef Wan Terima Cucu Kedua, Serina Redzuan Selamat Lahirkan Isabella

Boleh rasanya kami panggil cucu kedua Chef Wan ini sebagai bayi Tahun Baru Naga Air. #LAME

Beberapa jam yang lalu, Chef Wan yang kini masih aktif di’Facebook  menulis tentang kelahiran cucu kedua beliau hari ini.

Gambar di’sebelah bukan gambar cucu kedua beliau tetapi ini saat Chef Wan menerima kehadiran Tristan, cucu pertama.

Chef Wan menulis yang gambar cucu kedua beliau akan di’kongsi apabila tiba masanya nanti.

Cucu kedua dari pasangan Serina Redzuan & Gavin ini di’beri nama Isabella dan menurut tulisan Chef Wan, Isabella kali ini lahir tidak mengalami sebarang masalah — sama seperti Tristan sebelum ini.

Bayi yang lahir dengan berat 3.3 kilogram ini di’khabarkan oleh Chef Wan sebagai lebih cerah, mempunyai rambut gelap yang lebih tebal & jari jemari yang panjang & paling ketara mempunyai wajah lebih persis Gavin.