fbpx

Serik Putus Tunang, Azar Azmi Nekad Sorok Kekasih

Pernah berdepan episod putus tunang pada Februari tahun lalu, pelakon Azar Azmi membuat keputusan nekad untuk merahsiakan identiti kekasih barunya.

Mengakui sudah bertemu pengganti, Azar berkata pengalaman lalunya itu mengajar untuk lebih berhati-hati untuk tidak berkongsikan hal cinta kepada umum.

BACA: Azar Azmi Dituduh Menggeletis Nak Dapatkan Fizo Omar

“Ya, saya sedang bercinta dan mengenali hati budi sesesorang buat masa ini. Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak berkongsi identitinya kepada umum. Sampai masanya saya akan berkongsi juga dengan peminat dan media,” katanya.

Kata Azar lagi, buat masa ini cukuplah jika peminat mengetahui hatinya sudah dimiliki seseorang namun enggan berkongsikan kerana serik dengan kejadian putus tunang.

“Saya tidaklah sedih atau terlalu kecewa selepas putus tunang. Saya orang yang positif dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Setakat ini cukuplah orang tahu hati saya telah dimiliki. Saya bimbang jika berkongsi terlalu awal, hubungan tersebut tidak menjadi. Jadi, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu,” ujarnya.

Ditanya sama ada kekasih barunya itu dikalangan selebriti atau orang biasa, Azar menjawab,” Biarlah menjadi presoalan,” katanya.

Terdahulu, Azar mengikat tali pertunangan dengan penerbit filem, Hafiz Rozlan pada 1 Disember 2019 namun putus pada Februari 2020.