fbpx

Azar Azmi Dituduh Menggeletis Nak Dapatkan Fizo Omar

Berkongsi momen manis membuat kejutan sempena hari lahir pelakon dan usahawan, Fizo Omar, nama pelakon Azar Azmi sekali lagi menjadi perhatian netizen.

Meskipun ramai yang suka melihat hubungan rapat pasangan itu, bagaimanapun ada segelintir dikalangan netizen yang kurang senang dan beranggapan Azar seolah-olah terlalu mencuba untuk mendapatkan Fizo.

BACA: Azar Azmi & Fizo Omar Mengaku Sedang Bercinta?

https://www.instagram.com/p/CC5B4DEn46j/?utm_source=ig_embed

Menerusi ruangan komen perkongsian itu, seorang netizen menyindir Azar dengan menuduh pelakon itu menggeletis untuk dapatkan Fizo. Malah turut menggelar Azar seorang yang gedik. Bagaimanapun, komen itu menerima kecaman netizen lain yang menganggap individu berkenaan seolah busuk hati.

Tidak melatah dengan komen negatif netizen itu, Azar dilihat membalas komen tersebut dengan mengajak individu itu untuk megenali dirinya dengan lebih dekat.

Selasa lalu, Azar membuat kejutan sempena sambutan hari lahir Fizo Omar yang ke 35. Menerusi kapsyen, Fizo juga dilihat turut meninggalkan komen dengan menzahirkan ucapan terima kasih buat Azar atas usaha tersebut.

Timbul spekulasi mengenai status hubungan mereka, bagaimanapun Fizo berkata dia selesa berkawan dengan Azar, namun masih jauh lagi untuk mentafsirkan hubungan mereka.