Serasi Dengan Mentua, Mawar Rashid Anggap Macam Ibu Sendiri
Meskipun bergelar isteri di usia muda, namun pelakon Mawar Rashid ada cara tersendiri bergaul dengan ibu mentua. Bijak membawa diri sebagai menantu, Mawar berkata dia melayan mentuanya sama seperti layanan pada ibu.
BACA: Suami Berangan Nak Tambah Dua, Mawar Rashid Izinkan Asalkan Berkemampuan
“Hubungan dengan ibu mentua rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Saya memang dilahirkan dalam keluarga besar, apabila berada di rumah mentua, ia mengigatkan saya seolah berada dalam keluarga sendiri,” katanya.
Ujarnya, selepas berkahwin dia dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Malah, ibu mentuanya turut memberi tunjuk ajar untuk menjadi isteri dan ibu yang baik.
“Maklumkan sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tapi keluarga mentua lebih tersusun, disiplin. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma lepas mengandung saya alahan dan tak boleh masak. Tapi ibu sangat memahami dan prihatin,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar turut meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang. Melihatkan layanan suaminya pada ibunya membuatkan dia bersetuju menjadi isteri Raf.
“Sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Ngatok nya lahai. Ni pun jd gosip?
Krik krik
Dapat mertua memahami tu rezeki kau la mawar.
Susah org tua nak terima cara baru esp yg dibawa oleh menantu pmpuan.
Kalau kau je kena terima cara mertua kau mmg sakit gak, kena win win.
Kau pregnant mertua kau faham tu maksudnya mertua kau baik gak la.
Biasa mertua lahabau ni mertua kg yg kuat puak. Dorang nk menantu je terima cara dorang.
Dorang tak nak terima kelemahan kelebihan menantu.
Kelemahan dikutuk beramai2, kelebihan didengki n dikutuk jugak beramai2.
Itu lah dia kalau keluarga besar yg berpuak.
Full of toxic!
Boleh gila nak hadap sampai tua.
Bertuah x perlu masak ms ngandung. Sy dulu kna srh siang ikan walaupun tgh morning sickness dan pendarahan dgn alasan mertua sibuk layan tetamu. Urm, masak bertemankan air mata jer lah. Suami pun x reti masak.. potong bawang pun nak sejam. Trauma jga nak ngandung balik wlpn hati teringin ada anak lagi.haizz
rezeki die la tu.. dpt mak mertua yg open minded.. x semua yg mcmtu
huntongggg lerrrrr pelakon FILEM fofulerrrr