Setiap hari gaya Neelofa pasti mencuri mata mata netizen, biarpun dikatakan pelik namun siapa sangka gaya ‘high fesyen’ beliau dari jenama mewah Gucci baru-baru ini berharga lebih dari RM25,000.

BACA: Fesyen Nampak Kaki Neelofa Pula Kena Kritik


Terbaru Neelofa kini yang sedang berada di Shanghai menghadiri pelancaran koleksi terbaru jenama mewah berkenaan bersama beberapa lagi selebriti, yang turut menggayakan persalinan lengkap dan aksesori dari Gucci.


Jika nama pun jenama mewah, pasti harganya juga turut sama mewah. Difahamkan ‘head to toe’ yang digayakan Neelofa, bermula kemeja satin berwarna krim berharga RM6,225, manakala jaket itu pula RM12,000 dan seluar maxi pula berharga RM9,100.



Semput juga nak mengira harga sehelai pemakaian yang dipakai Neelofa sepanjang berada di Shanghai itu. Beruntung habis Neelofa merasa memakai baju ribuan ringgit hampir setiap hari! (rtky/w)

Watsons Malaysia kini sedang mengadakan Watsons Buy-Buy Year End Sale dengan potongan harga barangan sehingga 50% di seluruh Malaysia. Ahli kad Watsons juga akan menerima HADIAH PERCUMA edisi terhad.

Ayuh serbu cawangan Watsons seluruh Malaysia untuk belanja keperluan diri untuk tahun baru!

Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.