fbpx

Fesyen Nampak Kaki Neelofa Pula Kena Kritik

Kalau sudah namanya selebriti ternama, apa sahaja pakaian yang dikenakan pasti menjadi perbualan orang ramai. Terbaru, ketika hadir ke majlis anjuran Tag Heuer Neelofa dilihat mengenakan persalinan merah yang nampak bergaya.

Namun ada mata mata yang melihat persalinan yang dikenakan Neelofa ini seakan tidak kena dan mendakwa kaki selebriti itu terdedah.

BACA: Neelofa Ikat Kontrak Dengan Agensi Fesyen Eropah

Kami percaya yang Neelofa mengenakan seluar ketat atau legging dengan warna kulit di bahagian dalam namun ia tidak menghalang segelintir peminat yang menyifatkan Neelofa terlalu mencuba dalam berfesyen.

Jangan risau Neelofa, abaikan sahaja kata kata mereka yang tidak faham fesyen ini. Neelofa sekarang ini pun sudah boleh dianggap sebagai ikon fesyen Muslimah untuk orang ramai. (rtky/m)