fbpx

“Sepanjang Hidup, Saya Tak Pernah Berada Di Tempat Pertama”

Penyanyi Amir Jahari berkata dia tidak pernah menyangka lagu Hasrat ciptaannya akan dinobat sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Memetik Kosmo, Amir berkata meskipun ramai yang meramalnya lagunya itu bakal menjadi juara namun dia enggan percaya dengan ramalan tersebut.

BACA: “Hasrat Lain Dari Yang Lain, Kalau Dengar Akan Terngiang-Ngiang” – Ketua Juri

“Saya tak baca sebenarnya ramalan orang ramai dalam media sosial sebelum naik pentas tetapi memang ada yang beritahu saya tentang perkara itu.

“Namun, saya tak mahu percaya benda itu sebab sepanjang hidup, saya tidak pernah berada di tempat pertama jadi, saya tak nak berharap.

“Kemudian diumumkan pula Hasrat sebagai juara, sangat terkejut dan syukur. Rasa menjadi juara ini pelik sebenarnya,” katanya.

Berkongsikan mengenai konsep persembahannya yang menjadi perhatian ramai malam tadi, Amir berkata dia mengangkat tema solidariti terhadap bumi Palestin.

“Kita aman damai tetapi di Palestin masih berperang dan setiap kali saya buka media sosial, pasti baca benda yang menakutkan. Saya memang tak boleh rasa perkara sebegitu.

“Bagi saya, Hasrat ialah suara golongan yang satu dunia tak mahu dengar. Konsepnya solidariti untuk Palestin.

“Jadi bagi saya isu ini adalah salah satu perkara penting untuk kita bangkitkan iaitu solidariti untuk Palestin dan negara lain yang masih berperang,” katanya.