fbpx

Sepakat Pilih Nama Mikayla Delisha Hakim

Selamat melahirkan anak ketiga mereka kelmarin, semalam Norman Hakim telah berkongsi nama anak perempuan mereka yang diberi nama, Mikayla Delisha Hakim. Norman juga menjelaskan maksud nama diberi yang ternyata manis.

BACA: Memey Suhaiza, Norman Hakim Selamat Timang Anak

Selain itu, Norman juga telah membuka akaun Instagram untuk anaknya itu, @mikayladelishahakim yang kini mempunyai pengikut seramai 22 ribu lebih selama akaun itu dibuka. Memang comel habis anak pasangan ini!

Sebelum ini Norman ada berjanji akan mendedahkan wajah anak mereka sehari selepas dilahirkan, berserta dengan nama. Rata-rata ramai memuji nama yang diberi dan kecomelan anak ketiga pasangan ini.

Terdahulu, Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram kira-kira pukul 12.52 petang Khamis. Turut hadir melawat bekas isteri Norman, Abby Abadi dan anak-anak mereka. (rtky/w)