Memey Suhaiza, Norman Hakim Selamat Timang Anak Perempuan
Tahniah diucapkan kepada Norman Hakim dan juga isteri, Memey Suhaiza kerana telah selamat menimang cahaya mata perempuan. Berita gembira tersebut dikongsikan Norman melalui akaun Instagram miliknya.
BACA: Memey Pegang Anak Tiri, Netizen Tegur Abby Abadi
“Marhaban Ya Baby Girl. Izinkan papa mencium bau-bauan syurga,” tulis Norman ringkas yang pastinya gembira tidak terhingga di atas kurniaah terindah tersebut.
Ternyata perkara tersebut turut menggembirakan peminat mereka ini dan ruangan komen Norman dihujani dengan ucapan tahniah dan juga kesyukuran di atas kelahiran ahli keluarga baru pasangan ini.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan pastinya kelahiran cahaya mata baru ini akan menambah lagi seri serta memeriahkan lagi keluarga pasangan ini. (rtky/s)
Jaga saja anak awak norman agar masa dia berpantang lakinya x berkalwat dgn perempuan lain ya norman , memey…. sakit tu bila berlaku ingat kifarah biar pun abby sdh maafkan…
x boleh je doakan yg baik2.. ALLAH terima taubat org yg berdosa.. yg ko plak nak jadi ahli neraka ke?.. keluarga seniri tu tengok dulu. jangan sampai ada yg melahirkan anak x sah taraf plak.. aku bukan membela norman & memey.. tp kesian dengan orang cam ko yg hati hitam & busuk.. sibuk dok ungkit kisah lama orang.. ko suci sangat ke?
amende ko merepek ni???
kita boleh cuti sebab baca berita ini….sebab anak dulu masa pantang bapanya berkhlawat dengan perempuan muda…. tak sempat cium anak perempuan bungsu kerana risau kekasih gelap…. sekarang norman bagi cuti kerja sebab kawan khalwatnya dapat anak perempuan…. kan norman… boleh lah tujuk2 bahagia……. mana tau nasib anak ini lakinya buat macam abby jugakan norman, memey
ha ha ha ha alim nya norman dan memey bercium2 dapat anak perempuan ,boleh pula dengan orang ramai…. kenapa tak simpan untuk sendiri je?, dulu abby dapat anak perempuan norman hadiah kan berkhalwat dengan retis muda kan norman….. kesian anak tu hilang bapa masa lepas lahir……. untung anak yang sekarang di sayang di tayang2…. nak tunjuk bapa mithali…