fbpx

Sentiasa Memaafkan Rahsia Risteena Kekal Bahagia

Bukan mudah bergelar selebriti kerana setiap tindak tanduk pasti akan menjadi perhatian ramai. Malah, sebagai selebriti perlu bersedia untuk berdepan dengan kritikan dan pandangan negatif daripada orang ramai.

Enggan menjadikan sikap negatif individu lain punca dirinya tidak gembira, Risteena berkata dia belajar untuk memaafkan jika mahu kekal bahagia. Ujarnya, bukan semua orang sukakan kita dan apa yang penting kita tidak buat jahat pada orang lain.

BACA: Risteena Resah Bila Berenggang Dengan Isa Khan

“Biasalah ada orang suka dan ada orang tak suka dengan kita. Asalkan kita tak buat jahat pada orang dan sentiasa maafkan orang sudah cukup membuatkan hidup saya bahagia,” katanya kepada Astro Gempak.

Dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini, Risteena dia dan tunang Isa Khan masih belum memilih tarikh sesuai untuk hari bahagia mereka. Malah, dia juga belum membuat persiapan khusus menjelang majlis perkahwinan mereka.

“Belum ada persiapan sangat buat masa sekarang. Jika semuanya okay, kami akan plan semula secepatnya dan kami akan umumkan juga tarikhnya apabila sudah ada nanti,” tambahnya.

Baru-baru ini Risteena diraikan sempena ulangtahun perkenalan mereka menerusi hadiah sebuah kereta mewah jenis Audi A5 berharga RM339,000.

Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.