fbpx

Risteena Resah Bila Berenggang Dengan Isa Khan

Hampir tujuh bulan mengikat tali pertunangan, Risteena Minum akui risau dan bimbang apabila terpaksa meninggalkan tunangnya berseorangan, Isa Khan untuk menjalankan perniagaan mereka seorang diri.

Risteena berkata itu adalah dugaan paling berat sepanjang mereka bertunang apabila dia perlu menjalani penggambaran dan Isa pula perlu menguruskan perniagaan secara bersendirian.

BACA: Risteena Gembira Isa Khan Hadiahkan Audi Berharga RM339,000

“Dugaan paling berat sepanjang bertunang ini apabila saya perlu shooting dan Isa kena buat bisnes sendiri.

“Biasanya kami ke mana-mana bersama, makan bersama, jumpa orang bersama, buat bisnes bersama. Saya tak pernah tinggalkan dia sorang diri,” katanya kepada Astro Gempak.

Meskipun mengurus perniagaan seorang diri, bagaimanapun Risteena yakin Isa mampu mengawal, menyelia dan menguruskan bisnes Lovit yang mereka jalankan bersama-sama sejak tahun lalu tanpanya di sisi.

Baru-baru ini Risteena diraikan sempena ulangtahun perkenalan mereka menerusi hadiah sebuah kereta mewah jenis Audi A5 berharga RM339,000.

Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.