fbpx

Senheng PlusOne Muncul Dengan Wajah & Imej Baru

Perhatian buat pelanggan setia Senheng! Ha, siapa sebelum ini pemegang kad keahlian PlusOne, sekarang sudah ada rekaan kad terbaru bertemakan bulu tangkis. Serius menarik rekaan terbaru ini.

Sebenarnya, rekaan ini adalah kerana Senheng terlibat dalam penajaan di dalam liga badminton – SS Purple League. Malah dengan tajaan tersebut itu juga Senheng berharap agar pembangunan badminton semakin rancak. Okay, jom baca apa kelebihan terbaru kad Senheng PlusOne ini.

Semuanya Di Telefon Pintar Anda!

Jika sebelum ini kita asyik nak isikan kad sampai kembung dompet, kini tak perlu lagi sebab semua maklumat kita akan disimpan dalam aplikasi di telefon pintar ataupun tablet anda.

Banyak Faedah & Ganjaran

Ini yang best ni. Dengan kehadiran kad baru ini, anda akan memperoleh pelbagai kemudahan dan juga faedah daripada Senheng. Kami senaraikan beberapa perkara menarik di bawah:

*Tambahan waranti 1 tahun – dapat tambahan 1 tahun waranti daripada pengeluar dengan setiap pembelian

*Belanja dan dapatkan rebat dengan EZ Credit – anda berpeluang menikmati sehingga 10% rebat kredit bila beli produk premium malah ada rebat yang boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai untuk dapatkan barangan lain.

*Waranti Pertukaran Barangan – Anda layak untuk mendapat pertukaran one to one product (selama 2 tahun) namun hanya untuk small appliances sahaja, dengan sedikit caj.

*Tebus Point Kad Kredit – Boleh buat penebusan segera point kad kredit dengan produk.

Berbelanja dan dapatkan mata ganjaran – setiap pembelian anda melayakkan anda dapat mata ganjaran. Mata ganjaran ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli dan menebus produk lain!

Jadi apa anda tunggu lagi? Dah ramai sudah bertukar kepada kad terbaru ini yang ternyata lagi menyenangkan. Layari www.senheng.com.my atau kunjungi terus mana mana cawangan Senheng berdekatan anda untuk pertanyaan lanjut.