Debaran untuk Anugerah Juara Lagu ke 27 nampaknya sudah bermula dengan pengumuman 30 buah lagu yang layak ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik kali ini.

Peringkat separuh akhir akan berlangsung dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November 2012 (8 lagu) .

Dua pusingan pertama akan berlangsung bermula jam 9.00 malam manakala pusingan ketiga akan berlangsung bermula jam 10.00 malam di TV3 (saluran 103).

12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27 & di’pilih oleh juri professional akan di’umumkan pada akhir pusingan ketiga. Senarai penuh 30 buah lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik ke 27 selepas ini. Lagu manakah menjadi pilihan anda untuk ke peringkat akhir?

1. Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim
2. Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin
3. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
4. Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad
5. Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
6. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
7. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
8. Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir
9. Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal
10. Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong
11. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
12. Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim
13. Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak
14. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
15. Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim
16. Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah
17. Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
18. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
19. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
20. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
21. Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
22. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
23. Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai
24. Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen
25. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
26. Panik (Bunkface) – Sam Bunkface
27. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
28. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
29. Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
30. Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K