Berita baik untuk anda! Bersedia untuk menyambut Hari Raya dengan Senang Menang Raya dan berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM160,000 termasuk Samsung Galaxy Fold4, pulangan tunai setiap jam dan banyak lagi. Tempoh kempen ini bermula 3 April 2023 sehingga 31 Mei 2023.
Bagi melayakkan diri untuk memenangi hadiah ini, anda hanya perlu muat turut aplikasi AmOnline. Memang sangat mudah dan senang untuk menggunakan Aplikasi AmOnline ni. Ia membolehkan anda untuk menjelaskan bayaran bil, melakukan tambah nilai, memohon pinjaman atau pembiayaan, membuat pembayaran balik kad kredit dan banyak lagi – bila-bila masa, di mana jua, hanya di hujung jari anda!
Selain daripada memudahkan urusan anda, teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana aplikasi AmOnline ini membolehkan anda mendapat peluang untuk menang besar melalui Kempen ‘Senang Menang Raya’!
Hadiah yang ditawarkan untuk Kempen ‘Senang Menang Raya’
Mari kita lihat secara terperinci semua tawaran hadiah yang bernilai sehingga RM160,000 ni.
Ada Samsung Galaxy Z Fold4 yang terkini. Fulamak, bolehlah beraya dengan telefon pintar baharu! 3 unit jumlah kesemuanya.
Wah, ada juga 5 unit Samsung Galaxy A54 nampaknya.
Di samping itu, Pulangan Tunai sehingga RM5 setiap jam pun turut ditawarkan untuk setiap transaksi dengan nilai minimum RM5. Jumlah Pulangan Tunai bernilai sebanyak RM73, 200 boleh dimenangi, memang berbaloi betul!
Bila dah lihat hadiah yang menarik untuk dimenangi ni, dah sahlah anda tak nak terlepas peluang untuk menang kan! Anda cuma perlu kumpul Entri sebanyak mungkin di sepanjang tempoh kempen untuk berpeluang jadi pemenang.
Cara Mengumpul Entri
1. Pembukaan Akaun AmBank/AmBank Islamic melalui Aplikasi AmOnline – 50 Entri
Bagi sesiapa yang belum mempunyai Akaun Simpanan, Akaun Semasa atau mana-mana Akaun AmBank/AmBank Islamic, inilah cara paling mudah dan masa terbaik untuk membuka akaun. Gunakan aplikasi AmOnline saja, tak payah susah-susah pergi ke mana-mana cawangan AmBank atau AmBank Islamic. Bukan itu saja, peluang memenangi hadiah menarik termasuk RM15 Pulangan Tunai pasti menanti anda!
Untuk mengetahui bagaimana cara nak membuka akaun, rujuk saja di sini!.
2. Rujuk Rakan – 25 Entru untuk setiap rujukan
Bagi pelanggan sedia ada AmBank, anda boleh rujuk rakan anda untuk buka Akaun/-i Simpanan atau Akaun Semasa dengan menggunakan kod yang diberikan melalui Aplikasi AmOnline.
Bila rakan anda dah berjaya membuka akaun, bukan hanya anda boleh dapat Entri untuk rebut peluang menang Hadiah lumayan, anda juga boleh dapat Pulangan Tunai RM10!
3. DuitNow kepada nombor telefon (termasuk eDuitRaya) – 1 Entri untuk setiap transaksi yang layak
Apabila anda berjaya lakukan satu transaksi DuitNow melalui aplikasi AmOnline dengan nilai minimum RM5, anda terus dapat 1 Entri! Lagi banyak transaksi yang anda buat, lagi banyak Entri akan anda kumpulkan dan makin besarlah peluang untuk menang hadiah hebat! Seronoknya!
4. Duitnow QR Peer-2-Peer (P2P) & DuitNow QR di kaunter – 1 Entri
Lakukan saja satu Transaksi DuitNow QR yang layak dengan nilai minimum RM5 untuk setiap transaksi melalui Aplikasi AmOnline untuk dapatkan 1 Entri.
Anda boleh manfaatkan transaksi DuitNow QR ni untuk pindahkan duit atau buat pembayaran di kaunter bagi pembelian tanpa perlu gunakan wang tunai. Maklumlah, sekarang kan dah zaman tanpa tunai!
Untuk lihat apa lagi jenis transaksi yang anda boleh buat melalui DutNow QR ni, klik saja di sini.
Sertai Sekarang
Tunggu apa lagi? Sertai sekarang dan mula menang hari ini! Kempen akan tamat pada 31 Mei 2023 tau! Jadi, muat turun Aplikasi AmOnline sekarang juga!
Maklumat lanjut DI SINI.