fbpx

“Semua Yang Berlaku Atas Sebab Tertentu” – Bekas Tunang

Selepas dua tahun mengikat tali pertunangan, berita putus tunang Remy Ishak dengan Ezza Yusof ternyata mengejutkan ramai peminat. Selepas lima hari pendedahan Remy mengenai status hubungannya, akhirnya bekas tunangnya itu tampil bersuara.

Menerusi Instagram, Ezza mengatakan dia akan berhenti bercerita dan tidak akan lagi mengenang kisah lalu. Menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 hari ini, kata Ezza lagi, dia mahu memulakan kisah baru.

BACA: Remy Ishak Sah Putus Tunang

“Alhamdulillah, selamat ulang tahun kepada saya. Mari kita mulakan hari istimewa ini dengan tenaga baru. InsyaAllah mulai hari ini saya akan berhenti menceritakan kisah lama dan memulakan kisah baru untuk diri saya

“Rahsia untuk berubah ialah dengan memberi fokus kepada tenaga anda bukannya melawan kehidupan lama tapi untuk membina sesuatu yang baru.

“Saya akan menjadi lebih baik, tiada siapa dapat menghalang atau melambatkan usaha saya. Saya sentiasa ingat semuanya yang berlaku atas sebab tertentu. Apa yang berlaku memberi motivasi dan inspirasi kepada saya,” tulisnya.

Rabu lalu, Remy mengesahkan pertunangannya dengan Ezza sudah pun berakhir sejak sebulan lalu. Menurut Remy, perpisahan mereka itu bukan disebabkan oleh orang ketiga. Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2017.