“Semua Lagu Saya Trending, Sebab Tu Saya Berani Kata Saya Penyanyi Nombor 1”
Setiap kali melancarkan lagu, pasti akan menduduki nombor satu dalam carta trending di YouTube, usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri yakin bahawa dirinya penyanyi nombor satu.
Memetik mStar Online, Aliff berkata meskipun dikecam teruk namun jelasnya angka di YouTube tidak dapat ditipu apatah lagi lagunya trending selepas 9 jam dilancarkan.
BACA: Lagu Baby Sayang Aliff Syukri & Baby Shima Trending No. 1 Di YouTube
“Semua lagu saya trending di YouTube. Semuanya nombor satu tanpa saya perlu bayar kepada pihak YouTube. Sebab itu saya berani kata saya penyanyi nombor satu.
“Kalau ada yang kata saya buat marketing, lihat sendiri video muzik saya. Tiada satu pun product placement di situ,” katanya.
Menurut Aliff lagi, dia tampil dengan lagu tersebut bukan untuk mencetuskan kontroversi tetapi itu adalah hobinya. Dedahnya lagi, dia pernah menerima tawaran merakamkan lagu daripada beberapa syarikat rakaman.
“Saya tahu saya ada bakat sehingga pernah menerima tawaran untuk merakamkan lagu daripada beberapa syarikat rakaman namun saya bukan nak jadi penyanyi. Lagu-lagu saya buat sebelum ini pun hanya hobi sahaja,” katanya.
Sering mencetuskan kontroversi sehingga dikecam teruk oleh netizen dan ditegur oleh ustaz serta ibunya sendiri, Aliff memohon maaf sekiranya ada yang terguris hati dengan tindakannya.
“Saya minta maaf kepada mereka yang menegur saya sekiranya terkasar bahasa, buatkan anda sedih, cuma tolong faham saya, saya juga ada hobi dan nak menyerlahkan bakat saya sebagai penyanyi nombor satu Malaysia, tolong terima saya seadanya.
“Apa kurangnya saya dengan artis lain. Bagi ruang pada saya. Saya dah buat 10 lagu, wake up lah everyone,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Nak tau lagu ko ni popular ke x bukan tngk trending kt YouTube sbb org bole guna mcm2 taktik nk menipu kt YT ni. Nak tngk betul2 popular tngk kt Spotify laa cuba tngk brp ramai org dengar lagu ko kt sana?!
Wake up la everyone..mst ni ayat dia pki time meeting dgn team dia
B.O.D.O.H
mv dia viewers yg ramai tu sebab nak tengok kebodohan apa lagi dia buat. netizen semua tak payah la tengok. buang masa je. kan dia dah perasan penyanyi nombor 1 malaysia.
aku komen dkt sini je sebab tak ada algorithm social media dapat trace. satu je nak cakap. ni dato paling dungu dalam sejarah usahawan melayu. terus terang aku block dia dekat semua platform. org melayu lain boleh buat benda sama macam aku untuk hapuskan perangai busuk macam dia ni. sedih 7 keturunan tak habis citer dia
Da tua2 pn bdoh.kcik2 xnk mmpus. Da tua mnysahkn org
Muka tembok memang macam tu.
Dasar jenis tak tahu malu.
Lapar perhatian.
Amboi dia da kalahkan tokti nmpknya tp dia sendiri yg bg gelaran tu kat diri dia hehe..org lain sorang pun x iktiraf..cpt le buat konsert kita tgk tiket di trlajak laris x nt..