Lagu Baby Sayang Aliff Syukri & Baby Shima Trending No. 1 Di YouTube
Meskipun dikecam teruk oleh netizen, namun lag dangdut Baby Sayang nyanyian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima trending nombor satu di YouTube selepas 9 jam dilancarkan.
Baru 24 jam dilancarkan, muzik video lagu tersebut sudah mendapat lebih 400,000 tontonan.
BACA: Baby Shima Yakin MV Baby Sayang Bersama Aliff Syukri Akan Disukai Ramai
View this post on Instagram
Hasil tinjauan, setakat ini muzik video itu menerima sebanyak lebih 4,000 komen dan mencecah 7 ribu tanda suka.
Terdahulu, video teaser muzik video tersebut dikecam teruk oleh netizen sehingga Aliff memberitahu akan undur diri dari media sosial.
Namun, kurang seminggu Aliff dilihat kembali mempromosikan lagu dangdutnya itu. Meskipun sudah ditegur oleh ibunya, Aliff seolah tidak serik.
Ko upah 1000 org downline bukak sorg 10 hp, 10 tab, 10 laptop, 10 pc ha dpt berjuta2 views pastu post laa kt ig ckp video ko trending no 1…
Trending No1 ni tipu atas darat. Tak trending pun cuma bila balau-balau dengar trending No1 terus bukak youtube. Sumer kena tipu dgn main saikoloji. Kalu tak nak kena tipu abaikan saje budak kelate saiko ni.