Semua Impian Dah Tercapai, Neelofa Impi Jadi Guru Mengaji
Selebriti popular, Neelofa berkata dia meluahkan rasa syukur semua impiannya sebelum ini sudah pun tercapai di usia 34 tahun.
Menerusi video dikongsikan Neelofa, berkata dia mempunyai impian untuk bergelar seorang guru mengaji Al-Quran.
BACA: “Selagi Allah Bagi Kudrat & Kemampuan Untuk Beranak, Kita Beranak Ramai-Ramai” – Neelofa
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ???
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar. Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata bilangan orang yang menjadi anak murid mengajinya adalah tidak penting asalkan impian tersebut dapat ditunaikan.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu. Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” katanya.
Sementara itu, suami Neelofa iaitu Haris Ismail mengatakan semua impian isterinya sudah tercapai kecualimenambah ilmu pengetahuan meluas mengenai agama dan konsisten untuk belajar perihal keagamaan.
Dia ni jiwa berpenyakit ke apa semua benda ko nk bgtau kt org. Urusan amal ibadat tu benda yg personal antara ko dgn Tuhan kenapa mesti nk bgtau kt org. Nak ajak org buat baik atau nak dakwah org ke arah kebaikkan ada kaedah dan caranya xkan laki ko pu tu ajar?!
Korg buat amal ibadat sbb apa yer?! Kalo sbb nk nampak baik, nak suruh org puji, nk bgtau satu dunia ko org baik2 calon ahli syurga, org terpilih baik x payah laaa. Kita ni buat amal ibadat sbb nak Allah ampunkan dosa kita, nak Allah selamatkan kita dari azab siksa dan bala musibah yg kita x terdaya hadapi di dunia dan akhirat. Sbb kalau ikut amalan kita mmg kita x layak pun masuk syurga kerana terlalu bnyk nikmat yg Allah dah bagi yg kita x mampu balas ganjaran dgn amal ibadat kita!
Bagus lofa ni. Walaupun dia terkenal dia punya kaki on the ground. Dulu x minat dia. Sejak dia jd manusia normal dan x terlalu pentingkan glamer, ni saya suka. Elok lah dia bercita2 nak jadi cikgu ajar alQuran. Moga tercapai impiannya. Saya pun ada impian yg sama.
Bila nk berhijrah ke mesir tu? Dah tengah tahun dah ni?
Cara nak jaga suami check. Cara nak tambah anak check. Sekarang dia nak jadi cikgu pulak. And the award for the most attention seeking person in malaysia goes to u. I guess low profile does not sell products. Hmmm.
Kalu leenopa jd cikgu ngaji aku nak belajar ngaji ngan dialah. Lagilah afdal kalu dpt ngaji one2one.
Wanna be mamakss ewww shape shifter geli