fbpx

Menerusi satu video, pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz isterinya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berhasrat mempunyai ramai cahaya mata.

PU Riz berkata isterinya mahukan anak ramai seperti dalam pasukan bola namun dia menyerahkan soal rezeki cahaya mata itu kepada Allah.

BACA: Cepat Lembut & Cair Macam Ais, Neelofa Kongsi Cara Pujuk Suami 

“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya.

Dalam video tersebut, Neelofa turut memberikan respon mengenai pendedahan suaminya bahawa dia tidak kisah mempunyai cahaya mata ramai selagi berkemampuan.

“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.

“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,”  katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata paling penting sebagai ibu bapa juga ada kemampuan untuk membesarkan mereka serta berpendapat anak-anak  merupakan saham akhirat buat dia dan suami.

“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” katanya.